Tuesday 2 June 2015

Sekolah Pertama Di Malaysia Menanam Pokok Tin


Assalamualaikum semua!

Disini cikgu ingin bercerita pengalaman cikgu dalam menjalankan projek tanaman pokok tin .
Untuk makluman semua, sudah menjadi kewajipan setiap program Pendidikan Khas  Integrasi ( PPKI ) di seluruh negara mempunyai kebun tanaman kerana kami ada subjek kemahiran hidup perkebunan. Selama ini  kami dah biasa tanam jagung, nenas dan pelbagai sayuran lain. Bila sudah biasa dengan tanaman tersebut, cikgu mula mencari idea untuk menanam jenis tanaman yang lain. Bercerita bagaimana cikgu dapat idea untuk tanam pokok tin ini adalah kerana gerak hati cikgu. Sebelum ini cikgu banyak mengikuti laman blog dan facebook yang memberi sumber informasi mengenai tanaman pokok tin ini. Walaupun tahu kos dan cara penjagaan untuk tanaman tin ini adalah tinggi, tetapi jauh di sudut hati , cikgu tekad untuk memulakan tanaman pokok tin ini. Hampir setahun juga cikgu mengambil masa untuk memahami, membaca dan bertanya pakar – pakar dan baru lah cikgu berani memulakan projek ini.
Semua ini cikgu lakukan demi anak – anak istimewa kami. Semoga Allah mempermudahkan usaha ini.
Terima Kasih kepada pembaca semua yang sudi berkunjung dan membaca  perkongsian dari cikgu



Bermula dengan 5 pokok tanpa rumah hijau pada November 2014
 

 

2 comments:

  1. cikgu yg memberi inspirasi ni mesti seorang yg tabah dan cekal..walaupun banyak halangan die tetap tabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun pada permulaannya banyak halangan dan cabaran yg terpaksa cikgu tempuhi...alhamdullah apabila melihat hasilnya sekarang...cikgu lebih bersemangat utk meneruskan projek tanaman tin ini bersama anak-anak pendidikan khas.terima kasih diatas sokongan.

      Delete