There was an error in this gadget

Tuesday, 2 June 2015

Pemasangan Rumah Hijau & Penanaman Pokok Tin


Assalamualaikum Semua!

Pada Disember 2014, kerja – kerja pemasangan rumah hijau telah dimulakan. Memandangkan cikgu masih baru dalam tanaman ini, adalah lebih baik untuk cikgu memasang rumah hijau ini. Tambahan pula ianya dapat memudahkan anak – anak kami untuk turut sama dalam proses pembelajaran mereka ( Kemahiran Hidup : Perkebunan ) dan terlindung dari panas matahari yang terik.
Tanaman tin ini sungguh manja dan perlukan penjagaan yang rapi. Oleh itu dengan pemasangan rumah hijau ini dapat melindungi  tanaman dari hujan dan angin yang kuat. Selain itu juga, ia dapat melindungi dari haiwan perosak samaada kecil atau pun besar . Cikgu juga menggunakan sistem aliran air ke tanaman secara automatik.

Kerja - kerja pemasangan rumah hijau pada Disember 2014


Pemasangan sistem fertigasi. Siraman air secara automatik
Cikgu order online sahaja  di farmeniaga.com

Anak - Anak pendidikan khas menyediakan medium tanah

Anak - Anak pendidikan khas menanam pokok tin





5 comments:

  1. As Salam cgu. boleh cgu terangkan tentang tanah yang digunakan. Terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..kami mencampurkan medium tanah ratio yg terdiri dari 60% tanah itam, 3o%perlite dan 10% sekam bakar. tq

      Delete
  2. Salam sejahtera, cikgu,
    Nak tahu, material untuk bina rumah hijau boleh dibeli dari mana? Dan kos binanya berapa?
    Dan cikgu beli perlite dari mana?
    Terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera, cikgu,
    Nak tahu, material untuk bina rumah hijau boleh dibeli dari mana? Dan kos binanya berapa?
    Dan cikgu beli perlite dari mana?
    Terima kasih cikgu.

    ReplyDelete